Sabtu, 1 Ogos 2009
Unit Communal Forest Bangunkan Hutan Simpanan Kampung
Satu unit Communal Forest yang berpejabat di Narathiwat telah datang beberapa kali ke Kampung Chulabhorn Patana 12 untuk melancarkan projek pembangunan hutan simpanan kampung.
3 pegawai forest yang tiba di sini ialah Encik Zakaria, Encik Abdullah dan Encik Nordin. Sebelum bertolak mereka sempat bergambar dengan Saudara Droman Binza, Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin.
Di bawah rancangan Communal Forest ini, satu kawasan hutan akan di ukur dan dijadikan hutan simpanan kampung. Segala hasil kayu kayan dan sebagainya boleh digunakan oleh kampung untuk pelbagai tujuan dengan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Selain itu unit Communal Forest ini juga menganjurkan pihak kampung membentuk Jawatankuasa Khas untuk menjaga hutan yang telah diwartakan sebagai hutan milik kampung.
Ditanya mengenai Kampung Perdamaian Sukhirin, pegawai forest tersebut menarik minat untuk memajukan tapak perkhemahan Rejimen Ke-10 yang telah ditinggalkan. Di situ terdapat terowong, parit perlindungan, kubu pertahanan, dapur tak berasap, tugu peringatan pahlawan dan lain-lain. “Jika dapat dimajukan, kawasan ini mempunyai potensi besar untuk menarik pelancong”, kata salah seorang pegawai forest berkenaan.
Tapak perkhemahan tersebut terletak kira-kira 1 kilometer dari Kampung Perdamaian Sukhirin yang diberi nama Dewan Marxis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan