Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menunaikan Puasa Ramadhan

Sabtu, 15 Ogos 2009

Lawatan Professor Dari Krug Thep

melawat rumah Abdullah C.D. dan Suriani


Ucapan alu-aluan dari Ketua Kampung


menyampaikan ucapan di depan para penduduk


Lawatan Professor 02 @ Yahoo! Video
Saling menyampaikan hadiah

Khamis, 13 Ogos 2009

Lawatan Pegawai Daerah Sukhirin

Pada 13 Ogos 2009, Pegawai Daerah Sukhirin D.O.Worachet bersama satu rombongan dari Pejabat Daerah Sukhirin melawat Kampung Chulabhorn Patana 12. Ikut serta dalam rombongan itu ialah pegawai tentera, rombongan perubatan dari Hospital Sukhirin, Bahagian Pelajaran Luar Sekolah, dan pasukan askar dan oso (pasukan sukarelawan menjaga keselamatan) sebagai pengawal keselamatan.

Dalam majlis ringkas yang diadakan pada sebelah petang di dewan perhimpunan Kampung Chulabhorn Patana 12, Ketua Kampung, Saudara Droman Binza telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada Ketua Daerah dan berbagai bahagian dalam rombongannya yang khusus datang untuk melihat keadaan di Kampung Chulabhorn Patana 12.

Dalam ucapan ringkasnya di depan para penduduk, Pegawai Daerah menyebutkan, beliau sangat gembira melihat penduduk kampung hidup aman sentosa. Dia memuji bahawa Kampung Chulabhorn paling baik penjagaan hutannya. Beliau pernah menaiki helikopter meninjau keadaan hutan di sekitar.

Selanjutnya beliau mengharapkan agar pihak kampung lebih memperkemas Muzium Sejarah yang menjadi salah satu tarikan di Daerah Sukhirin supaya ia dapat menarik minat para pelancong.

Menyebut masalah jalan masuk ke kampung yang kini rosak parah beliau menyebutkan bahawa, perbelanjaan untuk membaiki jalan telahpun dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun ini tertakluk di bawah bidang kuasa dan urusan pihak Dewan Rakyat Peringkat Tamboon atau ringkasan dalam bahasa Thai di sebut "o bo to".

Dalam lawatan itu, Ketua Daerah juga telah menyampaikan hadiah-hadiah untuk penduduk kampung berupa bahan makanan, alat-alat permainan dan makanan ringan untuk anak-anak.

Bersamaan dengan itu bahagian kesihatan dari Hospital Sukhirin juga telah menghantar satu unit perubatan diketuai oleh Doktor Besar hospital tersebut. Unit tersebut memberikan rawatan percuma kepada para penduduk kampung.

Satu bahagian dari Pelajaran Luar Sekolah juga telah menghantar kakitangannya mengadakan kelas ringkas untuk anak-anak luar sekolah. Satu peraduan melukis telah diadakan. Bagi anak-anak yang menyertai peraduan itu mendapat hadiah.

Pasukan askar dan oso (pasukan sukarelawan menjaga keselamatan) yang mengawal keselamatan rombongan Pegawai Daerah juga memberikan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma untuk para penduduk.


Ketua Kampung Droman Binza membuka majlis mengalukan
kedatangan Ketua Daerah Sukhirin


Ketua Daerah Sukhirin D.D. Worachet menyampaikan sepatah dua
kata kepada para penduduk kampung


Pegawai Daerah menyampaikan
hadiah untuk para penduduk


Penduduk kampung menyambut
kedatangan Pegawai Daerah


Satu rombongan perubatan dari Hospital Sukhirin
ikut hadir untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk


Doktor Besar Hospital Sukhirin memimpin rombongan
jururawat memberi perkhidnatan


Bahagian Pelajaran Luar Sekolah mengadakan
kelas melukis untuk anak-anak kecil pra sekolah




pasukan askar dan oso memberikan perkhidmatan
menggunting rambut percuma

Isnin, 10 Ogos 2009

Nasfu Saaban

Malam 6 Ogos 2009 (malam Jumaat) - Para penduduk Kampung Chulabhorn Patana 12 berkumpul beramai-ramai di Masjid Darul Aman meraikan Nasful Saaban dan menyambut Ramadhan dengan sembahyang hajat dan membaca Yassin.












– Gambar dirakam oleh anak generasi baru yang kini menuntut di tingkatan 1 Sekolah Darussalam, Narathiwat.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Aktivi Anak-Anak Remaja Menentang Dadah



perarakan anak-anak remaja menentang dadah


5 Mei 2009 – Anak-anak remaja Kampung Chulabhorn Patana 12 telah mengadakan satu aktiviti besar-besaran menentang salah guna dadah. Gerakan ini dianjurkan oleh Ketua Kampung, Saudara Droman Binza dan mendapat sokongan dan bantuan dari Pimpinan Kehormat Kampung, Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani. Seluruh ibu bapa yang pada umumnya adalah bekas perajurit Rejimen Ke-10 ikut memberikan sokongan dan bantuan.

Aktiviti ini dimulai dengan perarakan beramai-ramai dari anak-anak remaja, disusuli dengan kursus-kursus dari pegawai tentera dan penanggungjawab Jawatankuasa Kampung. Sebelah malam diadakan upacara kesenian.

Difahamkan gejala salah guna dadah berleluasa di kalangan kaum remaja. Aktiviti ini diadakan justeru untuk mendidik anak-anak generasi baru supaya mengenal dengan jelas keburukan salah guna dadah kepada diri sendiri dan masyarakat. Hampir 100 orang anak-anak generasi baru dari berbagai peringkat umur menyertai aktiviti tersebut.

Berikut adalah pilihan gambar-gambar dari aktiviti tersebut.



bahagian anak-anak 5-7 tahun



pasukan pancaragam perarakan



2 orang anak remaja menjadi juru acara



Saudara Droman Binza (Ketua Kampung) mendeklamasikan sajak TERIMA KASIH IBU



seorang pegawai tentera menyampaikan kursus



berhimpun di dewan perhimpunan



tarian kipas



tarian payung

Aktiviti Menanam Pokok



Aktiviti menanam pokok diadakan pada 21 April. Generasi baru kampung secara beramai-ramai menyertai aktiviti ini di bawah bimbingan pegawai tentera, pegawai forest dan ketua kampung. Aktiviti ini dilancarkan untuk memupuk semangat anak-anak muda mencintai alam sekitar dan memelihara hutan rimba.









Unit Communal Forest Bangunkan Hutan Simpanan Kampung



Satu unit Communal Forest yang berpejabat di Narathiwat telah datang beberapa kali ke Kampung Chulabhorn Patana 12 untuk melancarkan projek pembangunan hutan simpanan kampung.




3 pegawai forest yang tiba di sini ialah Encik Zakaria, Encik Abdullah dan Encik Nordin. Sebelum bertolak mereka sempat bergambar dengan Saudara Droman Binza, Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin.

Di bawah rancangan Communal Forest ini, satu kawasan hutan akan di ukur dan dijadikan hutan simpanan kampung. Segala hasil kayu kayan dan sebagainya boleh digunakan oleh kampung untuk pelbagai tujuan dengan mengikut undang-undang yang ditetapkan.



Selain itu unit Communal Forest ini juga menganjurkan pihak kampung membentuk Jawatankuasa Khas untuk menjaga hutan yang telah diwartakan sebagai hutan milik kampung.

Ditanya mengenai Kampung Perdamaian Sukhirin, pegawai forest tersebut menarik minat untuk memajukan tapak perkhemahan Rejimen Ke-10 yang telah ditinggalkan. Di situ terdapat terowong, parit perlindungan, kubu pertahanan, dapur tak berasap, tugu peringatan pahlawan dan lain-lain. “Jika dapat dimajukan, kawasan ini mempunyai potensi besar untuk menarik pelancong”, kata salah seorang pegawai forest berkenaan.

Tapak perkhemahan tersebut terletak kira-kira 1 kilometer dari Kampung Perdamaian Sukhirin yang diberi nama Dewan Marxis.